Assalamualaikum sahabat...
Hari ini cheteh & geng nak ke air terjun, tapi sebelum tu nak ngintai sunrise lagi di Puncak Kebun Buah Mangunan.... sambil tu nak tengok keindahan alam di hutan pinus. Seawal jam 4am sudah bangun sebab supir datang jam 5am.
Ini suasana subuh di Puncak Kebun Buah Mangunan.... memang cantik! terasa seperti berada di atas awan laaa.... tapi kan.... sunrise kat sini tak berapa cun la, view dia tu, cheteh rasa view sunrise dekat Gunung Merapi lagi best. Di kebun ini terdapat banyak pokok buah rambutan dan belimbing, tapi masa kami datang sini bukan musim buah.
Selepas itu kami ke Hutan Pinus (berdekatan jee dengan Puncak Kebun Buah Mangunan). Dekat sini terdapat banyak pokok pinus yang tersusun cantik. Amat nyaman sekali bila berada di sini, dengan bau harum pokok pinus dan helaian daun-daun mati pinus yang menutupi tanah.
Selepas puas ambil foto di Hutan Pinus, kami singgah pula di Jurang Tembelan Kanigoro.
Menurut kata Mas Ecco, tempat ini adalah salah satu spot yang masih baru. Patut laa, masa kami sampai suasananya agak sepi. Keindahan pemandangan alam di sini amat cantik, sungguh indah! di sini terdapat binaan seperti sampan dan beberapa bentuk lagi yang diperbuat dari buluh... memang sangat unik, memang kreatif la diaorang ni....
Dari atas sampan ini memang terus dapat menikmati pemandangan berbukit bukau, lembah sungai sambil menghirup udara nyaman dan dengar desiran angin sepoi-sepoi bahasa....
Betapa cantiknya ciptaan Allah ini....
Di sini juga terdapat banyak kemudahan seperti tandas, surau, warung makan dan juga parkir kereta,
so tak perlu risau ya ;)
Sebelum kami pergi bermain air di cave tubing Gunung Kidul.... kami sempat singgah di Air Terjun Sri Gethuk, memandang masih awal (sekitar jam 10am) maka pusat ini belum beroperasi lagi.
Jadi kami langsung menikmati keindahan alam air terjun sahaja sambil ditemani 'pria' @pekerja di sini yang baik hati membawa kami untuk ambil foto-foto menarik sambil bercerita tentang
air terjun sri ghetuk yang amat cantik ini.
Di sini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, surau dan warung makan.
air terjun sri ghetuk yang amat cantik ini.
Di sini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti tandas, surau dan warung makan.
Jom.... lepas ni kita pergi bermain air di Gunung Kidul...
(meh tengok berapa yang dah di belanjakan hari ini....)
(meh tengok berapa yang dah di belanjakan hari ini....)
Perbelanjaan:
Rate IDR 1 juta bersamaan RM336
-Tiket masuk Puncak Kebun Buah Mangunan IDR5k seorang
-Tiket masuk Hutan Pinus IDR2k seorang
-Tiket parkir Hutan Pinus IDR3k
-Tiket parkir Jurang Tembelan IDR2k
-Tiket Air Terjun Sri Gethuk IDR25k
-Tiket masuk Hutan Pinus IDR2k seorang
-Tiket parkir Hutan Pinus IDR3k
-Tiket parkir Jurang Tembelan IDR2k
-Tiket Air Terjun Sri Gethuk IDR25k
No comments:
Post a Comment