Salam sahabat....
Masih day 2.... dari Candi Borobudur (lepas makan) terus ke Kalibiru. Cheteh tak pasti berapa lama perjalanan kami sebab cheteh asik terlelap ja dalam kereta (kepenatan sangat!) Perjalanan ke Kalibiru agak mengerikan sebab kiri dan kanan ada bukit dan cerun.... tapi Mas Ecco memang pemandu yang hebat sampai puncak dia hantar kami.... (tinggi tau tempat ni pastu ber cerun pulakk)
Pemandangan dekat sini memang cun bangat! selalunya tengok dalam gambar jaa kann. Dekat sini memang disediakan lokasi khusus untuk bergambar, ada banyak spot yang menarik boleh dipilih dan setiap spot akan dikenakan bayaran. Photographer profesional pun ada disediakan.... sediakan duitnya jaa, memang berbaloi la sebab pemandangannya cantik bangattt. Satu lagi stamina perlu maintain sebab jalan-jalan kat sini naik turun bukit dan kena memanjat....
Bila dah naik kat atas spot tu bolehlah beraksi nak posing macam mana.... kena cepat sebab ramai lagi yang beeratur nak naik atas ni. Memang la rasa seriau juga bila dah sampai atas.... tapi sebab nak dapatkan view yang cantik memang kena gigih lah ya. Jangan risau tentang keselamatan sebab sebelum kita panjat tangga naik keatas kita kena pakai tali keselamatan yang telah disediakan, so tak perlu takut ya...
Sebenarnya banyak lagi xtvt lain tapi cheteh & geng hanya pilih 2 spot ja iaitu Spot Bundar & Spot Pinus (spot 1).... lepas tu kami pergi cari makanan,untuk lapik perut petang ni kami makan dragon fruit dan minum jus limau jeruk berais.... nyamannyaa
Dekat sini semua ada, kedai makan, tempat solat, tandas dan juga homestay bagi siapa yang ingin bermalam di sini, so tak perlu risau ya. (tempat karoks pun ada bagi sesiapa yang nak menyanyi)
Lepas tu kami terus balik ke pekan Malioboro.... rupanya perjalanannya jauh.... huhuhu hinggakan sempat juga tido dalam dalam kereta ;) Dekat sini gelapnya cepat, jam 6pm tu pun dah gelap.
Sampai Malioboro terus cari nasi.... nasi.... nasi.... lapar dehhh. Mas Ecco bawa kami makan di Nasi Ayam Penyet Surabaya, memang sedap! disyorkan datang makan sini.
Selepas tu kami sempat tapau roti bakar (seberang jalan jaaa)
Balik guesthouse.... mandi dan lain-lain, lepas tu tido ZZZzzzz. Esok jam 6am da nak keluar untuk xtvt air terjunnnnn

Perbelanjaan:
Rate IDR 1 juta bersamaan RM336
-Tiket masuk Kalibiru IDR10k seorang
-satu spot IDR15k seorang
-photographer IDR20/1 spot (10pcs + 2pcs free, siap bagi soft copy, foto x boleh dipilih...kalau pilih harganya dah jadi lain)
-satu spot IDR15k seorang
-photographer IDR20/1 spot (10pcs + 2pcs free, siap bagi soft copy, foto x boleh dipilih...kalau pilih harganya dah jadi lain)
-Makan dragon fruit IDR30k untuk 2 biji (nasib baik manis)
-es jeruk limau IDR8k satu gelas
-set nasi ayam penyet surabaya (lebih kurang harga sama cam kat Malaysia)
-set roti bakar IDR10k/1 set
-set nasi ayam penyet surabaya (lebih kurang harga sama cam kat Malaysia)
-set roti bakar IDR10k/1 set
No comments:
Post a Comment