Salam Sahabat
Hari ini seperti yang dijanjikan.... jam 2am da bangun siap-siap untuk keluar melihat sunrise di Gunung Merapi, supir datang jam 3am. Sunrise punya pasal memang sanggup membelah embun dingin sebelum subuh. Jarak dari guesthouse ke Gunung Merapi lebih kurang 30km, kami singgah dulu di perkampungan kecil di kaki Gunung Merapi untuk solat, selepas itu terus ke port untuk sewa jeep untuk ke merapi. Pengalaman naik jeep ke Kaki Gunung Merapi adalah sangat best.... dalam takut-takut dan melambung-lambung dek hentakan laluan yang berbatu dan berliku telah memberi pengalaman baru yang sungguh menyeronokkan.... kalian harus cuba!
Selepas tu, kami sempat singgah ke Museum Sisahartaku (bekas tapak rumah yang dibina oleh Pak Riyanto) yang mempamerkan sisa-sisa tinggalan, harta benda yang musnah dan gambar-gambar semasa kejadian.
Gunung Merapi ini terletak di bahagian tengah Pulau Jawa dan merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Gunung Merapi ini telah meletus pada 26 Oktober 2010 (hampir 44 orang telah maut dalam kejadian ini.
Gambar semasa menunggu sunrise....
Jommm.... lps ni kita ke Candi Borobudur .....
Perbelanjaan:
Rate IDR 1 juta bersamaan RM336
-Sewa Jeep (Merapi Jeep Tour) IDR450k / 4 orang
-Di sini akan ada sorang warga tempatan akan ikut dan amik foto uols (foto-foto ini di print saiz 5R) sekiranya berminat bolehla beli dari dia. (kalau tak silap harga foto tu sekeping dalam IDR15-20k.... kalau beli banyak akan diberi diskaun)
No comments:
Post a Comment