Assalamualaikum sahabat....
Cuti ujung minggu ni tidak tahu hendak ke mana...(cheteh masih di Lawas, Sarawak). Memandangkan semua ahli bersetuju untuk berehat ke Sabah maka kami sepakat turun ke Sabah dari Lawas...(ini memang pengalaman yang amat mahal sebab kami mengikuti jalan darat....)
Seperti yang dirancang, check out dari hotel, breakfast & isi minyak dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Perjalanan darat dari Lawas ke Kota Kinabalu lebih kurang dalam 214km jaraknya....Keluar dari Lawas mestilah melalui Pos Kawalan Imigresen Merapok (Lawas), Sarawak. Kedua-dua pos ini berada dalam bangunan/bumbung yang sama. Ia merupakan pintu keluar ke Sindumin, Sabah dan pintu masuk ke bahagian Lawas, Sarawak. Pos Imigresen Sindumin terletak bersempadan Sabah-Sarawak. Kami melalui Merapok, Sindumin, Sipitang dan melalui Beaufort, Kuala Penyu dan terus ke Lok Kawi dan akhirnya sampai ke Kota Kinabalu bersama kekuatan fizikal dan mental kerana masa perjalanan yang panjang dan berliku...yeayyy (sebenarnya ada lagi nama perkampungan tapi ....cheteh lupa laaa).
Untuk pengetahuan sahabat semua, passport jangan dilupakan ya, sebab setiap Pos Imigresen akan memeriksa dan cop passport kita.
Sampai Kota Kinabalu da lewat petang...check in dulu, lps tu baru isi perut dan jalan-jalan sekitar Kota Kinabalu. Cheteh & team akan berada di sini 3hari 2malam, Ini adalah kali kedua sampai ke Kota Kinabalu....jadi sempat la nak tapau ikan masin dan makan seafood puas-puas....sambil tu nak melawat Pasar Gaya Street (sebab hari tu tak sempat pergi...)
Ini katak betul ni...da dikeringkan & diawetkan, dijadikan 'handbag'... |
scallop kering |
Tunggu sunset di Dataran Todak, Kota Kinabalu |
Pelangi senja muncul....ketika menunggu sunset di Dataran Todak |
Maskan dekat kedai ini memang best & murah.....next time bole datang sini lagi makan seafood |
Siakap sweet sour |
Dry Butter Prawn |
Sotong Goreng Telur Asin |
Kerang Bakar....Cili nya sangat pedas walaupun warna putih! |
Udang Lipan size lobster (masak cili kari....memang sedap) |
Alhamdulillah....lepas makan kami pusing-pusing sekitar Bandar Kota Kinabalu, esoknya cheteh nak pergi ke Pasar Gaya Street....jomm
Alhamdulillah....selesai beli apa yang patut, kami balik hotel untuk check out, selepas itu akan meneruskan perjalanan pulang semula ke Lawas, Sarawak. (Untuk memasuki Pos Imigresen Sindumin - Merapok, kami tidak boleh lewat kerana pagar akan ditutup jam 10pm)....kalau lewat tido dekat pos la nampak gayanya.....
Jommm sambung kerja....
Jom ikuti catatan cheteh di Miri selepas ini....
#26 Ogos 2016
No comments:
Post a Comment