Assalamualaikum sahabat.....
Selepas Limbang, cheteh & team ada tugasan di Lawas
Sejarah Lawas...
Daerah Lawas merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Limbang negeri Sarawak. Kedudukan daerah Lawas yang bersempadan dengan negeri Sabah dan negara Brunei serta Wilayah Persekutuan Labuan yang menjadikan daerah Lawas sebagai tumpuan pelancongan luar terutamnya penduduk Brunei. Keadaan alam semulajadi yang berbukit bukau serta kehijauan floranya menjadikan Lawas daerah yang kaya dengan segala hasil tanaman buah-buahan serta sayur-sayurannya. Salah satu keunikan daerah Lawas ialah hasil pengeluaran buah epal dan oren yang boleh didapati di kawasan tanah tinggi Ba'kalalan. (tapi cheteh tidak sempat ke Ba'kalalan...) Bagi memastikan segala pembangunan daerah berjalan dengan lancar, kewujudan Majlis Daerah Lawas adalah bersesuaian bagi memastikan daerah Lawas tidak ketinggalan dalam era pembangunan di negeri Sarawak.
Alhamdulillah tugasan di Lawas berjalan dengan lancar.....sambil tu berbual-bual dengan penduduk tempatan tentang tempat-tempat menarik di sini, sebabnya agak lama juga cheteh di sini, tak tau hujung minggu nak kemana (kebetulan off day start friday to sunday....ohhh, nak ke mana niii). Dalam dok berbincang-bincang kami semua sepakat nak turun sabah bermalam di sana dan singgah di Sipitang. (Kata orang sate Sipitang sangat sedap)
Mee goreng Lawas RM5 (sangatt sedap) |
Cempedak goreng RM1/4pcs |
Sungai Lawas |
Habis ja tugas kami memang teruja hendak ke Sipitang, kali ni cheteh & team nak menggunakan feri untuk ke seberang sana (tambang hanya RM1 ja untuk satu kereta)....Tengoklaa muka-muka teruja semasa menunggu feri di jeti Kuala Lawas untuk ke Sipitang.
Sipitang
Daerah Sipitang yang terletak di Selatan Negeri Sabah, bersempadan dengan Negeri Sarawak (Lawas) dan Negara Indonesia (Kalimantan). Sipitang juga laluan utama dari Negara Brunei Darussalam melalui jalan darat dan laut serta laluan ke Wilayah Persekutuan Labuan.
Kali ini....cheteh upload banyak foto-foto sebab nak abadikan momen indah ini, teruja dengan kecantikan alam semulajadi di sini. Allah jadikan tempat yang sangat indah di hujung dunia ini, mana sangka....kalau tidak kerana tugasan, memang cheteh tidak jejak di sini, di tempat yang aman dan damai ..... Subhanallah
Sepanjang bertugas di sini ....dua kali cheteh & team singgah ke tempat ini.
Gerai Sate Di Esplanad Sipitang |
Betul kata penduduk tempatan...dlm banyak-banyak sate, sate di gerai Hjh Tominah paling sedap...(pendapat cheteh tau...sebab da rasa sate kat gerai sebelah, tapi agak kurang laa) |
ketupat nasi 50sen/1 pc |
sate ayam 50sen/1 cucuk, perut 60sen/1 cucuk, kambing 70sen/1 cucuk |
kepak ayam madu bakar RM2.50/1 ketul |
Air Kelapa RM6 |
Cheteh & team sempat klik-klik foto di Esplanad Sipitang, tapi masa ni air laut tengah surut...,,,tapi tak mengapa kami klik-klik juga kannn....
Masih lagi teruja dengan keindahan Sipitang...
Menikmati keindahan alam.... Bersyukur dengan kurniaan Ilahi....
"Sesunggunya pada penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal".... Al Imran: ayat 190-191
Jumpa lagi... persinggahan cheteh di Sabah
Jumpa lagi... persinggahan cheteh di Sabah
#26 Ogos 2016
No comments:
Post a Comment