Assalamualaikum sahabat....
Malam yang dingin (hujan lebat kat luar sana) memberi kesempatan pada cheteh untuk menyambung catatan di bumi Sarawak. Kali ini cheteh ditugaskan di daerah Daro.
Tahu Daro adalah satu daerah di Sarawak, tetapi langsung tidak pernah tahu tentang perkembangan daerah Daro dan apakah yang terdapat di Daro. Salah satu faktor cheteh tertarik menerima tugasan di Daro adalah kerana berada di pendalaman, memang ingin merasa bagaimana menyusuri sungai dengan menaiki Bot Express dan melihat sendiri bagaimana masih ada perkampungan yang menggunakan kuasa generator yang menggantikan tenaga elektik, yang menjadikan bot@sampan sebagai pengangkutan sungai yang utama. Semua itu adalah pengalaman yang amat berharga bagi cheteh.
Mengikut catatan Wikipedia....
Daro ialah sebuah daerah dan pekan di Bahagian Mukah, Sarawak, Malaysia. Majoriti penduduk Daro berjumlah sekitar 25,000 orang terdiri daripada kaum Melanau. Daro berasal dari "Dao Aro" yang bermaksud "Bagus Ke" menjadi singkatan Daro, kini pekan Daro pesat membangun dengan terbinanya pasar baru dan beberapa buah hotel. Daro terdiri daripada beberapa buah kampung seperti Saai, kampung Penipah, kampung Bruit dan kampung Nangar. Bumi Daro yang luas membahagikan Daro kepada dua bahagian utama iaitu di bahagian tanah besar dan bahagian pulau yang dikenali sebagai Pulau Bruit. Kini Daro begitu pesat membangun dengan infrastruktur yang mendadak pertumbuhannya. Pekerjaan utama penduduk Daro ialah pertanian dan nelayan.
Penduduk Daro dikenali dengan sikap ramah mesra, bersopan, serta mengekalkan budaya hidup sekampung yang membawa maksud hidup sepakat. Di jeti Daro, replika Ikan Terubuk melambangkan ikan yang popular di Daro. Daro juga mempunyai sebuah sekolah yang unik di Malaysia yang mana SK Campuran Daro mempunyai dua aliran pelajar iaitu aliran Bahasa Melayu dan aliran Bahasa Cina tetapi di bawah satu bumbung dan di bawah satu pentadbiran.
Sebenarnya banyak cerita yang berkaitan pekan Daro, berbagai dan berbeza-beza versinya....sekiranya sahabat ingin mengetahui lebih lanjut lagi sejarah Daro, sahabat boleh la membaca/mengikutinya di blog cikgu abbas...memang sangat menarik. http://cikguabbasdaro.blogspot.com/
1st time naik express...(dkt jeti Sibu hendak ke Daro) |
salah satu perkampungan yang di tepi sungai |
menikmati view sungai Sarawak.... |
Dah sampai....amik foto dulu ;p |
Inilah pekan Daro, replika ikan terubuk, betul-betul tepi jeti ja...
pulut panggang-RM1 (tapi tak de inti ya) |
pais udang....RM1 |
nasi lemak ijau-RM1 ...sambal & ikan masin (beli kat pasar daro) |
tempat cheteh bertugas....sepanjang cheteh di sini, hari-hari hujan |
Kebetulan satu petang, habis kerja cheteh nampak ada pakcik jual durian depan pasar daro....apa lagi kami pun singgah laa bertanyakan itu ini....durian kampung wehhh, sebijik RM15 jaaa....sapa tak nak kannn, apa lagi kat situ juga kami suh pakcik tu kopek dua biji durian dan terus makan. Memang sedap sangattt, durian baru jatuh, memang superb laaa, puas hati sebab dapat makan durian kampung sarawak yang best. Cheteh bagi 10 bintang......
Tak sangka kann....cheteh dapat bertemu dengan cikgu Atiqah menantu cikgu cheteh (Cikgu Shafie, bekas cikgu sekolah rendah cheteh) padahal masa majlis kenduri kahwin di Perak hari tu tak sempat pergi sebab ada tugas kat seberang perai....Terima kasih cikgu Shafie, sebabkan cikgu lah saya dapat makan udang galah yang di masak oleh cikgu atiqah dan kawan-kawannya.....hahaha (tak laa....gurau jaa). Mengikut kata cikgu Kong, sekarang bukan musim udang galah...(mmm bukan musim laa tuu) tapi kannn....kalau dah rezeki tu, memang tak bole ngelak, memang rezeki kami malam tu (terima kasih Allah) malam tu kami makan udang galah daro....Tq cikgu Atiqah & d geng...
Inilah cikgu Atiqah....tak dapat jumpa kat semenanjung, jumpa kat Daro |
Puasss hati cheteh....;p |
besarkan....penuh pinggan nasi |
Ok...hari terakhir, jom cheteh belanja foto-foto daerah Daro....
kek lapis cheese yang sangat sedap RM20 (hanya di Daro) |
kopi ais tarik daro pun sedap (kawan cheteh punya) |
dalam ni ada baby baru lahir, nak bawa ke klinik utk check up |
Jeti Daro....Bye Daro |
Akhirnya....selamat sampai di Jeti Sibu
Jom layan video yang sempat cheteh rakam
Alhamdulillah selesai tugas di daerah Daro, selepas ni cheteh akan pergi ke Sibu....
#19 Sept 2016
No comments:
Post a Comment