Assalamualaikum sahabat....
Kali ni jom ikuti catatan cheteh semasa berada di Limbang.... Sebelum sampai ke Limbang cheteh balik dulu ke KL, selepas tu fly dari KL ke Miri. Sewa kereta di Miri & drive ke Limbang, kali ni kami sewa 2 kereta untuk ahli seramai 8 orang. Sebelum tu jom baca sikit info berkaitan Limbang...
Limbang merupakan sebuah bahagian terletak di Timur Laut Negeri Sarawak bersempadan dengan Negara Brunei di Barat, Teluk Brunei di Utara, Sabah/Kalimantan di Timur dan Daerah Baram (Bahagian Miri) di Selatan, di tengah-tengahnya pula ialah Daerah Temburong (Negara Brunei) anehnya yang membuatkan Bahagian Limbang berada di tengah-tengah. (ada sejarah bagaimana Kerajaan Brunei menuntut Limbang dan sebagainya....tinggalkan dulu bab ini, sebab cheteh nak citer tentang perjalanan cheteh)
Limbang mendapat nama sempena sebatang sungai yang dipanggil Sungai Limbang, Limbang adalah sebuah pekan kecil yang membangun, terdiri daripada etnik Melayu, Kedayan, Cina, Iban, Lun Bawang dan beberapa etnik lagi. Pekerjaan utama penduduk adalah pertanian, penternakan, perikanan dan perniagaan. Kalau hendak ke Limbang sila pastikan sahabat meempunyai passport kerana apa?.... kerana kita akan overland ke Negara Brunei.
Perjalanan dari Airport Miri ke Pekan Limbang adalah lebih kurang 190km dan mengambil masa dalam 3 jam perjalanan...tetapi memandangkan kami semua dari Semenanjung yang mana....memang seorang pun tak pernah sampai ke sini, maka perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam lebih....hurmm lama kannn....tapi lama tu bersebab, sebab utama drive sendiri berpandukan waze (adakala waze hilang dari radar....huhuhu) siap berhenti, bertanyakan arah dengan penduduk tempatan (sampai sesat-sesat laaa...), proses di bahagian imigresen (ambil masa gakk niii) bila nak masuk sempadan Negara Brunei .... dan apabila masuk Brunei mula la nak singgah-singgah kan.... memang la singgah, tapi kannn....alamak, duit Brunei tak tukar laaa ;p
Jom layan foto-foto cheteh semasa berada di Limbang ....
|
Kali ni....naik Malindo la kita (Best...better than AA) |
Bersempadan.... Hii Brunei, jom kita usha-usha Brunei....
|
Best kan tengok harga yang dipaparkan....... |
Alhamdulillah....selamat sampai ke Limbang selepas beberapa persinggahan
|
yeayyy...kami da sampai Limbang (blkg tu Sg Limbang tau) |
|
Sungai Limbang ....morning Limbang
|
|
1st day .... sebelum mulakan tugas |
|
Breakfast dulu... |
|
nasi lemak limbang (RM8) |
|
Ikan Tahai @aur-aur....yang ini lom buang kulit |
|
Ikan Tahai @aur-aur ....yang ini dah buang kulit |
|
pucuk midin (ada gred tau...gred A, bentuknya kerekot2 mcm ulat, yang mcm pucuk tu gred B) |
|
Mereka ghairah & teruja masuk pasar.... |
|
rebung fresh yang telah di racik halus |
|
Teruja makan apam balik Limbang (RM2).... sebelum makan malam |
Malam ni jom kita layan laksa sarawak udang galah di medan selera tepi Sungai Limbang...
|
Harga sekor ikut saiz...(RM5-10) |
|
Laksa Sarawak Udang Galah....(Laksa RM5, udang galah sekor RM5....total RM15) |
|
Hari ni kita breakfast kuih tradisi ...kuih karipap, kelupis & bongkol (50 sen satu) |
|
inilah rupa kuih kelupis & bongkol |
|
rumah air Sungai Limbang |
|
Bandar Limbang |
Hari ini hari Jumaat, di Limbang pada hari ini ada Tamu Besar (Pasar)....dari awal pagi hingga petang (@7pm). Cheteh & kawan-kawan amik kesempatan untuk ke tamu besar ini selepas kerja. Di sini kami ambil kesempatan untuk merasa berbagai-bagai jenis buah tempatan .... kebanyakan buah yang ada di sini memang tiada di Semenanjung.
|
Daun Lirik@irik....daun yg balut kuih kelupis, bongkol dll |
|
Buah tarap....rasa ala2 cempedak |
|
Buah kembayau@dabai....(cara makan, kena rendam dalam air panas dulu, pastu cicah dgn gula & garam@buat rencah nasi goreng pun sedap) |
|
Durian hutan@durian isi merah/oren/kuning...... #sarawak (sekilo RM40-50)
|
|
1st time makan....rasanya lemak-lemak (tak manis)
|
|
Durian hutan (isi merah/oren) |
|
Sesi makan durian berjemaah.... |
|
Durian tembaga #sarawak (sekilo RM30-40) |
|
Limau nipis...besar-besar |
|
Buah bambangan..... rasanya mcm kuini@bacang |
|
daun bawang putih |
|
nenas sarawak |
|
Misi selesai.... |
Alhamdulillah..... walaupun Limbang tidak mewah dengan jenama antarabangsa tapiii.... Limbang sangat mewah dengan hasil tempatan, hasil bumi yang melimpah ruah, adap sopan yang tinggi... dengan penduduk yang amat baik & ramah. Paling best kat sini.... pemandu-pemandu di sini akan memberi keutamaan kepada pejalan kaki, mereka sanggup berhenti jika melihat kita sedang melintas, walaupun kita salah jalan & memasuki arah jalan yang bertentangan@salah.... mereka tetap cool tanpa membunyikan hon.... "budi bahasa, budaya kita"
Kenangan di sini akan tersemat rapi dihati cheteh.......
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bole kita berjumpa lagi
#selepas ini ikuti catatan cheteh ke Lawas.....
#22 Ogos 2016
No comments:
Post a Comment