Kata-kata binasa dari mulut manusia sememangnya menyakitkan! (itulah yg cheteh rasa.....adakala org yg rapat dgn kita yg melakukannya.....x tau la, nk marahke...nak diamkan ke....tapi yg pasti rasa sedih sangatttt klu org yg kita anggap kawan...sahabat....telah bersubahat mengata perihal kita di belakang kita.....bercerita hal yg mengaibkan kita.....) Kata ahli bijak pandai....biarkan, org begitu tidak perlu dilayan, penat mengata diam lah nanti..... Cheteh pun bukan jenis yg nak balas membalas, biarkan jee....jgn risau....Allah maha mengetahui....Alhamdulillah
Ironinya masyarakat hari ini sudah terbiasa dengan trend menghamburkan kata-kata seperti umpatan, kritikan, mencaci, mengutuk, memfitnah serta banyak lagi kata-kata negatif apabila ada sesuatu yang membuat mereka tidak suka ataupun bersetuju.
Budaya negatif ini semakin membimbangkan, paling menyedihkan, hal ini boleh menyebabkan sesuatu perhubungan terputus begitu sahaja kerana kata-kata yang akhirnya memakan diri. Semoga di bulan mulia ini segala perkataan diluahkan sengan kata-kata positif agar hidup lebih bermakna dan diredhai. Jom jaga mulut dengan beberapa tip berfaedah berikut:-
Jommm audit diri.....
- SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF
Setkan minda anda untuk memulakan kehidupan dengan berfikiran positif. Sebelum memulakan
satu pekerjaan ungkapkan perkataan yang boleh memberi semangat dan motivasi diri. Pastikan perkara tersebut sejajar dengan tingkah laku. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana ia boleh
melahirkan mood ceria.
- BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP
Kita seringkali tidak memikirkan bahawa apa yang diperkatakan mungkin akan menyakiti hati
seseorang. Jangan terburu-buru dalam mengata sesuatu. Jika apa yang ingin dicakapkan itu kan
menimbulkan keburukan dan menyinggung perasaan orang lain, lebih baik diam sahaja. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya......
- JANGAN IKUTKAN EMOSI
Manusia memang tidak lepas dari melakukan kesilapan lebih-lebih lagi apabila marah menguasai diri. Jangan terlalu ikutkan emosi dengan mengeluarkan kata-kata kesat, mengumpat atau mendedahkan aib seseorang. Ingatlah bahawa kepuasan yang dirasai hanyalah sementara kerana ia
boleh merenggangkan sesuatu perhubungan tidak kiralah sama ada keluarga, sahabat mahupun
rakan sekerja. Jika terlalu marah, ambillah pendekatan untuk mendiamkan diri buat seketika...
- ELAKKAN DIRI
Kadangkala manusia lebih suka mendengar perihal buruk orang lain berbanding perkara baik
mengenai seseorang itu. Dalam erti kata lain, mengumpat. Apakata latih diri untuk tidak bergaul dengan golongan seperti ini. Elakkan diri daripada mengumpat dan tukar topic kepada perbualan
yang lebih berfaedah.
- DIAM
Banyak bercakap....maka banyaklah silapnya. Sebab itulah kita seharusnya berhati-hati dalam
berkata sesuatu. Jangan cepat membuat andaian dan menyebarkan sesuatu perkara yang tidak betul atau pun tidak pasti kerana ia akan menimbulkan fitnah. Oleh itu, berdiam adalah lebih baik daripada berkata-kata. Mulakan pekerjaan anda dengan produktif berbanding berborak mengenai hal yang tidak berfaedah.
- MUHASABAH DIRI
Adakah percakapan kita hari ini sudah menyinggung perasaan orang lain? Oleh itu renung-
renungkanlah setiap perkara yang kita lakukan. Sentiasa fikirkan setiap perkara yang diungkapkan
agar tidak memudaratkan diri. Jagalah hati dan perasaan orang lain jika anda tidak mahu orang lain
menyakiti hati anda....
Buat sahabat & teman-teman......semoga kalian semua sihat sejahtera & gembira selalu, Aamiin
Sepi bukan berERTI hilang...
Diam bukan berERTI lupa...
Jauh bukan berERTI putus...
Kerana ada satu ikatan...yang tidak akan putus
iaitu
"PERSAHABATAN"
sabar na kak teh... =)
ReplyDeletetengkiew dikk...
ReplyDelete