Assalamualaikum sahabat....
Cepatnya masa berlalu... da jumpa hari terakhir, seyes cakap cuti 4hari3malam ni sebenarnya tak cukup pun nak cover tempat-tempat cantik lagi menarik di Jogja ni..... huwaaa
Hari ni memandangkan tak keluar awal, maka dapat la kami breakfast di Casa Raffles Guesthouse, nasi goreng + sosej + keropok + buah-buahan....tapikan air teh dia sedap tau...
Selepas kemas semua barang-barang, kami pun check out. Terima kasih ya Casa Raffles Guesthouse yang memberi layanan A+ kepada kami, jumpa lagi.
Tempat pertama yang dituju adalah Mulia Laksana Fabric Outlet, tempat kain-kain buat jersi sukan. Kata kawan kain dekat sini jauh lebih murah dari Malaysia. Tujuan datang sini nak cari kain buat tudung untuk xtvt mendaki, berlari dan berzumba.... memang betul, harga sangat-sangat murah tapi ada had minimum untuk membeli, mereka juga ada kurier ke Malaysia sekiranya cheteh berminat. Ok deal, next time boleh la rojer ja jika nak buat jersi pasukan.
Selepas itu kami singgah lagi sekali di pekan Malioboro untuk beli ole-ole yang mana tak cukup, sambil pusing-pusing pekan Malioboro. (foto tak de sebab asik sangat membeli belah....)
Selepas tu kami pergi cari kuih bakpia (ada sejarahnya kuih ni.... macam mana boleh sampai ke Jogja) kuih yang popular kat sini, sejenis kuih saiz kecil-kecil dan ada macam-macam perisa, seperti durian, coklat, kacang hijau dll, paling sedap mestilah durian!. Kata mas Ecco, kuih bakpia pathok 25 paling sedap di antara lain-lain brand, lagi best kalau beli di kilangnya (sebab tahan lama sikit dari dibeli di tepi-tepi jalan, lagi pun yang kat kilang ni rasanya lagi sedap dong...)
Ada 2 jenis: 1) Bakpia Pathok 25 Biasa-20 biji (agak kering) tahan dalam 10 hari, IDR45k sekotak. 2) Bakpia Pathok Premium-15 biji (agak basah dan tebal) tahan dalam 4 hari. IDR55k sekotak.
Ada 2 jenis: 1) Bakpia Pathok 25 Biasa-20 biji (agak kering) tahan dalam 10 hari, IDR45k sekotak. 2) Bakpia Pathok Premium-15 biji (agak basah dan tebal) tahan dalam 4 hari. IDR55k sekotak.
Ni laa kuih bakpia... paling best perisa durian - premium (ketagih wehh) |
Bersama Mass Haryo gantikan Mass Ecco utk hari akhir |
Ngopi dulu sebelum berangkat (tq kakak belanja kopi) |
Akhirnya kami makan ja dekat airport, habiskan semua matawang IDR, lepastu sempat coffee-coffee lagi (kakak lanja) sementara nak tunggu flite dalam jam 5.20pm... ok laaa kann.
Alhamdulillah akhirnya selamat sampai Malaysia dalam kira-kira jam 8pm. Jogja memang best, akan cheteh pergi lagi ke Jogja sebab banyak lagi yang belum diteroka...
Terima kasih Mass Ecco & geng sebab memberi layanan yang A++, memang suka sangat... semoga Mass Ecco & Jogjadventure's Reizen bertambah suksess, Aamiin
"Keindahan Alam Ciptaan Allah Itu Sangat Indah....
Tidak Akan Habis Walaupun Mentari Telah Tenggelam....
Kerana Akan Ada Kesinambungannya Apabila Munculnya Mentari Pagi"
Terima Kasih Ya Allah
No comments:
Post a Comment