Assalamualaikum sahabat....
Hari ini hari ke-dua cheteh di Ho Chi Minh (HCM), pagi ni awal pagi da bangun sebab hari ini cheteh & kawan-kawan akan menjelajah ke Mekong Delta. Semalam dah survey tour agency sekitar HCM...mana yang sesuai dengan harga yang berpatutan, akhirnya kami memilih Inner Vietnam Travel....Pakej untuk 'Mekong Delta - One Day' (8am-5pm) VND240,000 seorang, manakala pakej 'Cu Chi Tunnels' (8am-2pm) berharga VND100,000 seorang untuk hari ketiga. Puas tawar menawar akhirnya dapat lah discount untuk dua pakej tersebut, seorang dikenakan VND340,000 (lebih kurang RM68 seorang)....ok la kannn. Harga untuk pergi 'Mekong Delta' itu tidak termasuk pakej 'halal food' (kalau pakej 'halal food' tambah lagi VND100,000 seorang), kami memilih pakej biasa tidak termasuk 'halal food', so.... sarapan siap-siap dan dekat sana makan buah jeee....
Pagi-pagi lagi kami dah ke restoran Halal Amin, makan kenyang-kenyang.... siap tapau air mineral botol besar lagi ;)
Tepat jam 8am sebuah bas datang menjemput kami, rupanya di dalam bas sudah terdapat pelancong lain yang akan bersama-sama kami ke Sungai Mekong@Mekong Delta. Sepanjang perjalanan 'tour guide' telah memberi penerangan sambil bercerita tentang sejarah HCM dan juga Sungai Mekong.....tapi cheteh tak beri perhatian sangat sebab lagi asyik melayan permandangan sawah padi & bukit bukau di sepanjang perjalanan itu....
Sungai Mekong adalah antara sungai yang terpanjang di dunia dengan mengalir melalui enam buah negara iaitu, China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Tempoh perjalanan ke Sungai Mekong dari HCM adalah lebih kurang dua jam. Sampai ja di jeti kami diberi masa 30 minit untuk melihat@membeli souvenir sebelum menaiki bot ke Sungai Mekong.
Destinasi pertama adalah menaiki sampan menyusuri sungai-sungai kecil@tepian Sungai Mekong. Sebuah sampan boleh menampung empat orang penumpang tidak termasuk pendayungnya. Sampan yang kami naiki telah didayung oleh seorang wanita....memang hebat! Kami menysusuri sungai lebih kurang 20-30 minit, suasana yang redup dan nyaman sambil dikelilingi pokok nipah di kiri kanan sungai.
Selepas itu kami ke kebun madu lebah yang terletak di Pulau Unicorn, semasa melalui kawasan ini hati cheteh memang berbunga-bunga sebab terasa seperti berjalan di dalam kebun dan kawasan kampung sendiri....kebetulan masa ini buah longan sedang lebat berputik... (cheteh memang suka suasana ini. Cheteh sudah terdedah dengan suasana seperti ini sejak dari zaman kanak-kanak lagi, sebab tinggal dengan arwah atok)
Di sini kami diterangkan mengenai pembiakan dan penghasilan madu lebah, kami juga berpeluang untuk merasa madu asli yang fresh...beberapa pelayan wanita akan menghidangkan secawan air dicampur dengan madu & debunga@pollen dan perahan limau kasturi. Memang sedappp wehhh!!. Kami juga berpeluang menyapu royal jelly asli pada kulit tangan.... (madu & losen royal jelly boleh dibeli di sini....harganya cheteh lupa laaa...)
Kemudian kami dibawa ke sebuah kampung orang vietnam (tak tau la nak panggil apa...cheteh panggil kampung orang vietnam ja laaa, kawasannya dalam ni juga). Rupanya kedatangan ke sini telah dihidang dengan buah-buahan tempatan untuk kami (agaknya sebagai tanda 'welcome' kot.... kannn). Buah-buahan yang dihidangkan adalah buah nenas, ciku, buah naga, rambutan, tembikai, ermmm .... durian tak da laaa, bukan musim kot, huhuhu.
Sambil makan-makan kami dihiburkan dengan nyanyian tradisional@klasik penduduk tempatan beserta petikan alat musik klasik.... semua musik dalam bahasa vietnam, cuma ada satu lagu ja yang cheteh faham iaitu lagu 'kalau anda gembira tepuk tangan, kalau anda gembira hentak kaki'.....hahaha, lagu ni memang kami layan nyanyi beramai-ramai sambil membuat aksi nya sekali....
Selesai makan buah, kami dibawa ke 'coconut candy workshop', di sini kami dapat menyaksikan bagaimana proses pembuatan gula-gula kelapa ini secara manual dari awal hingga ke pembungkusannya. Haaa.... cheteh juga berpeluang merasa gula-gula ini, ermmm authentic nyaaa, rasa laa sebanyak mana yang boleh, percuma kannn. Dekat sini juga ada jualan souvenir....tapi agak mahal sedikit dari area madu lebah tadi.
Tak de duit tak pe...yang penting ada menda alah nih :) |
Selesai lawatan ke Coconut Candy, kami naik bot semula untuk pergi ke kandang buaya.... ermmm lupa la nama tempatnya, (saja ja cheteh panggil kandang buaya, sebab dekat sini ada banyak buaya). Di persinggahan ini sebenarnya untuk 'lunch' (tapi ini dah terbabas waktu lunch dah niii), sambil-sambil menikmati keindahan taman buaya, kolam ikan, tengok permainan tangkap ikan oleh sekumpulan kanak-kanak lelaki Vietnam dan minum air kelapa, itinerary dekat sini bebas.....(lama juga laa dok dekat sini). Memandangkan kami tak ambil set makan lunch, so kami di jamu buah-buahan jaa.... (buah lagi, boleh laaa untuk lapik perut sebelum pulang ke Benh Thanh)
Alhamdulillah, selesai lawatan hari ini, walau pun cuaca agak 'memberontak', adakala ok, adakala hujan lebat diselang seli dengan gerimis....
Lebih kurang jam 5.30pm kami sampai ke Benh Tanh, apa lagi....cari Halal Amin laaa.....isi perut dulu!
Malam, kuar lagi.... keterujaan untuk night market dan Malaysia Street tetap segar, jommm. Geng-geng jemaah apa lagi, memang asyik la memborong tudung, kain, telekung dan berbagai-bagai.... cheteh hanya mampu....mampu melihat jaa laaa (acewahhh....sebenarnya, memang datang nak berjalan, sopink?....ermm tunggu malam esok naaa...)
Jam dah satu pagi.... warggghhh, da nak subuh rupanya! balik hotel, bersihkan diri.....ZZZzzzz (jumpa esok, projek Cu Chi Tunnels....)
No comments:
Post a Comment