Assalamualaikum & selamat sore sahabat.....
Alhamdulillah ...hari ke 2 di Kundasang, sejuk bangat deh pagi ni. Air paip memang sejuk macam air dalam peti ais, tapi tak perlu risau kerana kat resort ni disediakan water heater. Jam 6 am memang da terang...apa lagi amik 'turn' la nak mandi & bersiap. Hari ni plannya nak ke Desa Dairy Farm, Kinabalu Park, Poring Hot Spring, Jambatan Tamparuli dan lain-lain lagi. Hari ni juga da nak balik Kota Kinabalu (KK) dan pulangkan kereta...
So....kita mulakan dengan Desa Dairy Farm. Lepas da siap semua kemas-kemas barang masuk kereta, bole la check out, tq to Anjung Rehat Jamsari, layanan yang baik, momen kat sini memang indah sekali...ada rezeki jumpa lagi. Now heading to Desa Dairy Farm....(bisik pada perut kita breakfast kat situ ja laa....haaa)
Desa Dairy Farm buka jam 8 am sampai 5 pm setiap hari, tiket bayaran hanya RM5 seorang (harga sekarang ye). Kat dalam ni ada cafe yang menjual hasil tenusu lembu-lembu di sini, susu fresh, cheese, piza, yogurt, waffle dan paling utama adalah ais krimmm! Memang kami beli makan kesemuanya (sebab lapar pun ye juga....haaaa)
Subhanallah....memang cantik sungguh ciptaan Allah....seperti terasa di New Zealand! Sedikit info untuk sahabat: Ladang Desa Dairy Farm ini dijadikan Projek Tenusu Desa yang mana diusahakan oleh Desa Cattle (S) Sdn Bhd. Product nya dilabel 'Desa', dibuka pada tahun 1980, yang berkeluasan 199 hektar dan terletak 2100 meter pada paras laut. Lembu yang diternak adalah baka Fresian yang diimport dari New Zealand dan Australia, yang dapat menghasilkan susu segar yang berkualiti dengan purata 900,000 liter setiap tahun. Ini adalah baka lembu yang baik terkenal di seluruh dunia.
Dekat sini kita boleh tengok aktiviti pemerahan susu lembu, pemprosesan susu lembu dan bagi makan & minum pada anak lembu dan kambing. (kesemua aktiviti ini ada masa yang ditetapkan)
Niat hati nak singgah Poring Hot Spring....pusing punya pusing, cari punya cari terus terlepas....adehhh (tak pe lah, bukan rezeki....agaknya suh datang lagi kot lain kali....hahaha)
Okeh....now memang kena balik KK, dah terlebih masa dah nih nak pulangkan kereta! call owner minta extend masa (sib baik bole....so tambah duitnya saja....). Lom makan lagi nih, hanya makan kat desa dairy farm jaa....sabar ya perut ...nanti kita cari makan dekat KK....sekarang dah jam 3 pm ++, heading to KK.
Cheteh sambung citer nih pada post yang akan datang ya.....citer kat KK lakk. Daaa
"HIDUP ADALAH PENGEMBARAAN....
JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN....
TERIMA KASIH YA ALLAH....MEMBERI RAHMAT KEPADA HAMBAMU INI....."
#Kos perbelanjaan
-Tiket masuk Desa Dairy Farm RM5
-Susu untuk bagi anak lembu minum RM1.50 (sebotol)
-Piza RM19
-Waffle RM4
-Aiskrim RM5.30
-Susu segar RM3.50 (kotak kecil)
-Susu coklat RM4 (kotak kecil)
-Tiket Kinabalu Park RM3
sama-sama, haah....subhanallah, sgt cantik, kali pertama dtg terus jatuh suka
ReplyDelete