Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat....
Tajuk hari ni KUNYIT....kenal kunyit tak??? rasanya, majoriti sahabat kenal kunyit kannn. Kunyit adalah sejenis tanaman herba yang mudah tumbuh melata di Malaysia. Warnanya sahaja sudah cukup memukau, apatah lagi apabila memperkatakan tentang kehebatan khasiat herba semula jadi ini. Tidak hanya sebagai ejen penyelera masakan, kunyit juga adalah ibu segala penawar buat kaum adam dan hawa. Diantaranya:
1. Tingkatkan Hormon Testosteron
Herba ini dikatakan mampu meningkatkan kesuburan lelaki yang terjejas akibat masalah kegemukan. Lelaki yang gemuk memiliki kadar hormon testosteron lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal. Kunyit juga berfungsi memecah lemak yang bertimbun dilapisan jaringan kulit sehingga akhirnya hormon testosteron dapat dihasilkan dengan optimum.
2. Kulit Cantik
Tahukah semua...kunyit juga sebenarnya baik untuk kecantikan wajah. Menurut laman cosmopolitan.com, kunyit mengandungi banyak bahan antiseptik yang mampu mencegah jerawat, ruam dan keradangan pada kulit yang disebabkan oleh sinaran matahari. Oleh itu, tidak hairanlah ramai yang memanfaatkan masker kunyit untuk mencantikkan kulit.
3. Cegah Kanser
Sejak zaman berzaman lagi, nenek moyang kita telah pun mengamalkan pengambilan kunyit dalam kehidupan mereka. Kajian dari Pakar Perubatan Pusat Kanser Taxes mendapati curcumin yang terdapat di dalam kunyit berupaya meneutralkan radikal bebas yang mencetus kepada penyakit kanser. Bukan itu sahaja, circumin juga turut mengandungi komponen bioaktif polifenol yang juga membantu mencegah tanda-tanda awal kancer.
4. Sakit Sendi
Bagi yang melewati umur 40an biasanya sering mengalami sakit sendi yang digelar "inflammation" yang pada akhirnya boleh membawa kepada sakit sendi kronik. Walau pun begitu, penyelidikan yang dilakukan di Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati kunyit mampu menghentikan aktiviti 'inflammation' dengan baik yang mana tidak meninggalkan kesan sampingan pada tubuh badan.
5. Berat Badan
Ianya juga sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu. Dalam proses rawatan tradisional mahupun rejim kecantikan tradisi masyarakat Melayu mahupun India menjadikan kunyit sebagai salah satu herba penting untuk mengekalkan berat badan ideal. Ini kerana kunyit membantu meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan dan seterusnya cukup berfungsi dalam penurunan berat badan. Amalan mengambil jus kunyit adalah cara semula jadi yang dipercayai lebih efektif untuk turunkan berat badan.
Best kan...oleh itu moh ler kita semua amalkan pengambilan kunyit dalam kehidupan seharian kita, (patut la ada sahabat yang menjadikannya sebagai ulam ketika makan nasi, ini rupanya untuk khasiat tubuh badan....ahaa....)
Selamat mencuba.....
#sumber: harmoni
Hi Sis. cantik blog sis. penulisan sis pun bagus2. jemput ke blog saya sis untuk info2 kekal cantik dan slim.
ReplyDelete>>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<
Hi Sis. cantik blog sis. penulisan sis pun bagus2. jemput ke blog saya sis untuk info2 kekal cantik dan slim.
ReplyDelete>>>Kurus sihat Semula Jadi!<<<
Tq Acapcs Sabry, ok...nnti sy singgah ke blog awk
ReplyDelete