Hari ini adalah hari ke 3 pelayaran.... Alhamdulillah, pagi ni kala buka mata, rupanya sudah sampai Phuket. Mengikut jadual turun Phuket dalam pukul 9am, memandangkan kapal terpaksa berlabuh jauh dari pantai....jadi kami turun menggunakan boat kecil untuk ke daratan!. Pihak kapal akan mengumumkan melalui loudspeaker nombor-nombor boat secara konsisten untuk tetamu yang ingin turun ke Phuket, so sila dapatkan nombor tiket di kaunter pertanyaan, deck 5. Okeh, sebelum tu jom kita pergi breakfast dulu.....pagi ni nak try kat Restoran Fantasia (A la carte), jom layan apa cheteh makan pagi ni sebelum turun Phuket.....Dokumen yang penting untuk pergi ke darat ialah Kad Costa....jangan lupa
nasik lemakkk...alahaiii (ikan bilis 5 ekoq jaaa :p) |
Okeh da sampai... kami berkumpul dalam bentuk kumpulan dan bersetuju untuk menyewa shuttle bus. Ahli kumpulan kami 8 orang sahaja, so tong-tong untuk bayar sewa, jumlah sewa untuk satu van selama 8 jam adalah 2,000 Bath (duit Malaysia dalam 200++). Pemandu ini akan bawa bersiar-siar keseluruh bandar Patong, Phuket, tempat-tempat sopink yang murah dan tempat makan muslim yang sedap.....
Jalan-jalan di bandar Patong, dekat sini ramai juga org india berniaga, siap ada restoran india lagi, kat sini barang-barang dia mcm kat Petaling Street kat Malaysia, harga lebih mahal dari Malaysia...so hati-hati kalau nak membeli di sini, bukan apa...cuma takut kena tipu jeee kannn
Kalau sahabat ke Phuket, sila lah singgah beli ole-ole di Kedai Madunan, memang cantik-cantik t-shirtnya dan harganya pun berpatutan. Dekat sini t-shirt direka khas (sendiri) dan mendapat hak 'paten' dari Hard Rock Cafe dan tak de tulang untuk t-shirt dewasa.....haaa apa itu tulang, tulang tu sebenarnya.... t-shirt itu tidak dipotong sisi (kiri & kanan)....sorry pic kedai tu lupa nak ambil laa
Alhamdulillah semua ole-ole untuk saudara mara dan sahabat handai, semua da dapat beli... makan pun sedap, so kita layan jalan di tepi pantai Phuket sambil cuci mata....
Malam pula ada show "Angiolino & Janette La Fracci In Surreal Circus Comedy" (tak tau la apa maknanya...layan je laa) jam 8pm & 9.30pm di Festival Theater Deck 6 Traviata & Deck 7 Carmen, tapi cheteh layan tengok yang jam 9.30pm selepas dinner.
Pukul 10.30pm ada Tropical Party di deck 11 Rigoletto...jom kita layannn sambil melayan angin malam yang dingin...lepas tu layan homemade pizza....wallaaa
Sampai kat jeti dalam 6.45pm ...boat da standby. Semua da setel....tiba masa nak naik boat balik ke kapal....Alhamdulillah selamat sampai ke kapal.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar....mendengar deruan ombak, merasa hembusan angin bayu malam...benar-benar amat mendamaikan bagaikan tenang seketika hati ini. Betapa hebatnya kuniaan Allah, terima kasih ya Allah....
Selamat Malam..... Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment